Kata-kata hikmah

Hanya satu golongan yang akan selamat & masuk ke dalam syurga, iaitu:
"Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan mati dalam keadaan bertaubat."

Wednesday, August 11, 2010

Jalan-jalan..:)

Salam alaik utk semua....

Hari ni, sy nak citer sesuatu yg gembira pulak. Hari ni, sy nak ceritakan pengalaman sy menyertai jaulah (trip) ke Sinai ketika Winter Break (cuti musim sejuk) hari tu (Feb 2010) selama 3 hari 2 mlm....Kawan2 rapat sy asyik suruh sy post gambar je, ok la sy postkan di cni...hehe.

Asalnya x terpikir pun utk ceritakan di blog ni, tp mse sebelum pegi Sinai aritu, ayah sy pesan suh amik gamba banyak2. Jadi, famili sy & kawan2 smua boleh terus bace di sini je. Kalo x, gambar ni diperam dlm ladtop ni je, share kat sini ade jugak faedah kan. X sangka jugak ramai kwn2 sy nak tau kisah di sini..:)

Gunung Sinai ni ada tercatat dlm al-Quran sbg Bukit Tursina. Best sangat misi mendaki Gunung Sinai, sangat penat, sangat mencabar, tp yg paling penting dapat menambah ilmu & pengalaman. Tengah musim sejuk ni...Jadi, kalo tengok gamba yg nampak panas, tapi kitorang bersweater, sbb angin sejuk tetap ada tp xde salji la kat Mesir ni.

Jaulah ni bukannya pergi mendaki Gunung Sinai je tau, tapi ade tempat2 lain lagi spt Pantai Dahab, Uyun Nabi Musa, Makam Nabi Harun & Nabi Soleh, tapak perkampungan Nabi Ilyas, patung lembu Samiri dll...
Nak tau x kenapa kami pergi mendaki Gunung Sinai? Ade sebabnya, bukan suke-suki, saje2 je nak pegi @ nk cipta rekod.....Tapi ade sebabnye...
Meh nak citer, Gunung Sinai ni ialah tempat Nabi Musa bermunajat kpd Allah selama 40 hari. Kalau pergi tmpat mcm ni, dapat la merasai kesusahan Nabi Musa mendaki Gunung ni tapi sekarang ni dah banyak track yang orang terokai & ada shortcut, jadi x la sesukar dahulu. Tapi sangat penat & sangat sakit kaki kami prpn2 yang pergi mendaki Gunung ni, memang lepas habis misi ni, sy cakap dlm hati, cukup la sekali ni je merasa pengalaman mendaki gunung...Lepas ni, xnak dah, x larat den...

Foto 1: Semuanya tersenyum penat...Saya tanya adik sy dah tgk ke gamba sy g Sinai. Adik bongsu sy yg darjah 5 cakap, Aah, dah tengok, gamba Kak Cah n ade kwn2 Kak Cah 3 orang pakai topeng..Adoi, tu purdah la cik adik...Nasib baik bdk2 lg

Kami mendaki gunung ni bermula pukul 1 pagi, & selamat sampai ke puncak pd pukul 5 pagi, sebelum Subuh, sangat2 sejuk berada di atas puncak tu. Kami mendaki dlm group2 kecil, 5-6 orang (smua ahli rombongan dlm 40 org) diringi oleh seorang snior lelaki yg bertugas utk jaga keselamatan & penunjuk arah..After that, kami solat Subuh & then menunggu mentari terbit..Memang menguji ketahanan mental la nk boleh sampai ke puncak. Saya ni memang jenis cepat penat, tp nak g jugak, memang lepas mendaki ni dapat 'tough' kan sy punya mental.."Ya, saya boleh, sikit je lagi, nak smpai ke puncak dah...." Dapat la sket cara2 nk memotivatekan diri sendiri pada saat kite berasa mcm x mampu dah utk teruskan perjalanan. Sebelum mendaki ni sayu jugak, senior pesan mintak maaf kat mak ayah dulu, takut jadi ape2, huh...mati x kenal masa. Tapi alhamdulillah, semuanya selamat sampai pergi & balik...Tapi sangat sakit kaki, tegang urat betis wa cakap luu....Tapi 1st experience itu perlu...hehe...nak rase sangat tapi pengalaman yg sangat berharga especially utk budak2 manja spt sy....hehe..Nak jadi lebih independent, tu yg g wat bende yg sy paling x yakin sy boleh buat..Ade berani?? Meh cni, yang manja2 tu, jom daki gunung..hihi..:p

Ok, next, nak ceritakan tentang Uyun Musa (telaga Nabi Musa), makam Nabi Harun, makam Nabi Soleh & tapak perkampungan Nabi Ilyas. Telaga Nabi Musa ade 12 semuanya & menjadi menjadi sumber minuman & kegunaan lain utk 12 kabilah (kaum) Nabi Musa. Makam Nabi Harun & Makam Nabi Soleh pula adalah tempat2 yang mustajab utk kite berdoa. Ustaz sy cakap, bagus tau melawat makam orang2 soleh, sebab mereka seumpama hidup di sisi Allah. Jadi kalau ada peluang, same2 manfaatkan. Kalau yang ade kat M'sia takpe la, anda tengok gamba2 yang sy attach kan ok.. Anggap la sy membawa hati anda berjalan-jalan :) Pengalaman kalau x dikongsi, x terasa manisnya...kn2


Foto 2: berada di makam Nabi Harun, sy yg snap pic, jd tiada dlm gamba..:p


Foto 3 (kat bwh ni):ni tapak perkampungan Nabi Iliyas, on da way turun dari Gunung Sinai, mase ni semua tgh keletihan, jadi ambil gambar sekadarnya je la


Foto 4:gambar candid (ats)...sy suke candid...hehe..di sekitar Uyun Musa


Next, nk ceritakan tempat seterusnya iaitu Hamam Firaun, kubu peninggalan Israel, Patung lembu Samiri. Hamam ni dlm bhs Arab maksudnya bilik air @ tandas @ kamar mandi kepunyaan Firaun. Firaun ni ade ramai tau, bkn sorang tu je yg menentang Nabi Musa je, ade jugak Firaun perempuan & ade juga Firaun yang beriman. Hamam ni mcm sauna la, panas sangat tempatnya kalau masuk dalam tu. Saya pun x tahan masuk sampai dalam, masuk sikit je dah panas yg amat. Senior kitorang yg bwk kitorang pegi jaulah tu cakap, nk rase kepanasan api neraka yang berganda-ganda lagi dri Hamam tu boleh la try masuk dlm Hamam Firaun tu. Hamam ni tempat rawatan utk Firaun yang menghidap penyakit kusta. Orang cakap, sape2 yg nk kuruskan badan pun elok buat sauna, boleh la pegi Hamam Firaun ni. Tapi sy x tahan la sbb pns sangat..Takpe la...No diet2, asalkan sihat walafiat sudaa..


Foto 5: tempat nk masuk ke Hamam Firaun, mcm nak masuk dlm gua tempatnye.Panas berasap-asap kat dalam tu

Ok, nak ceritakan tentang kubu peninggalan Israel. Dulu, Israel pernah berjaya menawan Sinai. Pastu dorang berjaya membina kubu2 pasir yg kukuh. Tentera Israel ni bercakap besar, eksyen lebih..dorang cakap tentera Islam perlukan masa 48 jam utk musnahkan kubu diorang. Pastu tentera Islam fikirkan strategi utk menang. Ade seorang syeikh ni dpt petunjuk dlm mimpi kalo nk kalahkan dorang ni kene guna air. Pasir vs air..Lepas tu, tentera Islam berjaya kalahkan Israel dgn menggunakan pam air dlm masa lebih kurang 24 jam. Alhamdulillah, dgn pertolongan Allah jugak.




Ok, sekarang nk citer pasal patung lembu Samiri...Ketika Nabi Musa meninggalkan kaumnya utk pergi bermunajat kpd Allah di puncak Gunung Sinai selama 40 hari, salah seorang pengikut Nabi Musa yang bernama Samiri telah terpesong, telah mengajak kaumnya utk menyembah lembu (Tuhan Lembu). hmm...dorang terpesong akidah sepeninggalan Nabi Musa. Kwn2 nampak x ade patung lembu kat batu2 tu..Haa.. tu la Patung Lembu Samiri.
Saya tiada dlm gambar, sedang sibuk memanjat batu2 besar tu, nak tengok patung lembu Samiri ni dari dekat. Kawan sy ni x berani panjat, die nak bergambar je...hehe..saya pulak nk berlatih utk panjat gunung malam nanti..hihi..(sy citer x ikut turutan sbb ingat b'dasarkan gambar..Tadi tunjuk pnjat gunung 1st, smoga anda smua x pening di bulan Ramadhan ni, takpe, yang penting faham isi cerita yg sy nk kongsi ni ok)


Foto 9:Nampak x patung lembu Samiri kat belakang tu? sy tgh buzy memanjat kat belakang tu..:p

Ok, sekarang nk ceritakan tentang kubu Salahuddin Al-Ayubi & pantai Dahab. Siapa Salahuddin Al-Ayubi ni? Beliau ialah tokoh yang sangat2 patut kite kenal & ambil tau krn die lah yg berjaya membebaskan Palestin (Masjid Al-Aqsa). Sejak kecil, dia telah dididik oleh ulama'. Dia sangat mementingkan akhlak & ibadat tenteranya. Die sentiasa menyelidiki amal ibadat tenteranya. Tenteranya yang menghabiskan waktu malam dengan tahajud & membaca Al-Quran akan diletakkan di barisan hadapan manakala tentera yang hanya tidur pd waktu malam akan diletakkan di barisan belakang. Kenapa? Kerana yg paling dekat dgn Allah yg akan mendapat pertolongan Allah. Ini semua dibuktikan dengan kejayaannya membebaskan Masjid Al-Aqsa. Kite pula mcm mane? Jika kite jauh dari Allah, suka habiskan masa dengan hiburan, facebook, internet, xmo tutup aurat sebaiknya, mcm mane kite akan mendapat pertolongan-Nya. Ni nasihat utk diri sy sendiri yg kdg2 terleka jugak.

Kadang2 orang menilai kejayaan tu dari sudut akademik @ material semata-mata, sedangkan hati kosong, keras, berkarat, penuh daki,selalu hasad dengki & x puas hati dgn org lain dan lain2, sebab tu susah utk khusyuk solat, x tau menghormati orang tua, xmo menutup aurat sebaiknya & banyak lagi kesalahan yg diri sy & manusia2 lain buat. Ingatlah, berjaya di dunia, belum tentu berjaya di akhirat & gagal di dunia, susah di dunia, miskin di dunia belum tentu gagal di akhirat. Semuanya atas hati, ibadat & takwa kite kpd-Nya.Kubu Salahuddin Al-Ayubi ni ade 3 semuanya di Mesir, 2 lagi ade di Alexandria dan Cairo. Sangat admire dgn tokoh ini... Siapakah pewaris Saladudin Al-Ayubi yg akan menawan kembali Masjidil Aqsa? Kemenangan Islam itu pasti, semoga kite juga menjadi salah seorang dari yg menegakkan kemenangan Islam itu..Mcm mane caranya? Didik diri kite, didik hati kite, tegakkan Islam dalam diri kite, keluarga kite, insya Allah akan tertegak dlm negara kite...

Foto 10:Kubu Salahuddin Al-Ayubi

Ok, seterusnya tentang Pantai Dahab. Pantai ni cantik. Ape kitorang buat kat cni?? Kitorang naik glass boat, best tau, dpt pengalaman spt menyelam tapi x basah, x perlu menyelam pun. Kami dapat tengok terumbu2 karang yg sangat cantik, ikan2 berwarna-warni. Kitorang tengok dasar laut dari dlm glass boat jer, menerusi kaca. Meh menikmati dasar laut dgn sy. Boleh tengok gambar kat bawah ni...Subhanallah, cantiknya..terasa betapa kerdilnya kite di dunia ni.

Foto 11:Ni gambar terumbu2 karang yg smpat di snap. Cantik,tp sy pening & takut tgk terumbu karang ni, nmpak mcm otak manusia yg nak makan sy...:( sob sob..ape2 je la ecah


Foto 12:Tengok, kwn2 sy tengah mengendap kt kaca kat tengah tu, nk tengok terumbu karang, x perlu menyelam, x perlu basahkan baju & x perlu pakai fit2..:)

Foto 13:di pantai Dahab bersama kwn2..:)

hmm...smuanya sy dh ceritakan. Wallahua'lam... Kat bawah belah kanan ni gamba last, sy sgt suka gamba ni, sbb nmpak sgt cool (mmg tgh kesejukan pun)....ni mse kat atas puncak Gunung Sinai ni, dgn kwn sy, Pika namanya..Sejuk sangat mse kat atas puncak ni, sy dh pakai 7 lapis dah tu. Tengok, nampak gemuk semacam dah kan...hehe...Takpe, janji, dpt menahan kesejukan. Cantik sangat pemandangan kat atas puncak ni. Meh sy bawa anda menikmati pemandangan atas puncak ni. Sharing is interesting...Yippie...:)


Ni gambar2 terakhir, banyak sgt sebnarnye pic yg di snap, tp x dpt letak smuanya. Sy letak yg btol2 penting je (hoho...gamba sy tu penting ke? hehe..penting..famili & kwn2 baik sy nak tengok...) sendiri tanye sendiri jwb...ok la babai...Jaga diri smua, jaga iman, smoga dpt mengisi Ramadhan dgn amal ibadat, topup ilmu di dada, jom tambah pahala, jgn buat dosa. Semoga mendapat manfaat drpd perkongsian pengalaman sy yg x seberapa ni. Mohon maaf juga andai ade tersilap bicara. Senyum sokmo deh belake...:) Le tour de Sinai, Berjalan, Melihat & mentafsir..


Foto 14: dari atas puncak gunung




Foto 16: Kubu Salahuddin Al-Ayubi dari jarak dekat.



Babai smua, jage diri, jage iman, selamat b'puasa..:)Jemputlah komen kat bawah ni, nak tau pendapat semua..Kalau nk komen, jgn lupa letak nama skali,nanti sy x tau sape komen..Bye, kalo ade cerita-ceriti yg menarik, sy akn share lain kali k..Sharing is interesting. Assalamualaikum..:)

Sekadar ingatan utk diri sy yg alpa & kwn2- Sedikit perkongsian drpd pembacaan sy:
Sabda Rasulullah:'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya (disalami) oleh para malaikat pd hari mereka keluar dari kuburnya:
1-Orang2 yang mati syahid
2-Orang2 yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan
3-Orang2 yang berpuasa pada hari Arafah
Jadi, sempena telah masuk bulan Ramadhan ni, apa kata, kite solat terawih & lepas tu bangun awal sket sebelum sahur, buat solat sunat, at least buat solat sunat tahajud 2 rakaat, pasti hati akan lebih bersih, tenang, & diberkati dlm setiap gerak kerja kite sepanjang hari tu. Hati yang paling bahagia ialah hati yang paling bersih.
Hidup kite bkn sekadar di dunia je kan, hidup di akhirat itu lebih kekal & abadi.

Ops, ade kwn sy cakap x puas tgk gamba sikit sgt, ni sy tambah sket lg, tp intenet slow mcm siput je, penat nk menunggu...ok la, enjoy the pic, tp xde dh muka sy, mesti nk tengok gambar tempat2 je kan..huahuahua..:p. Selamat berjalan, melihat & mentafsir..:)


Mereka yang kesejukan..:p


Aah la..Betol cakap kak ngah, the gunung ganang kat cni xder hutan...hehe..:p


Enjoy the meal..:)


nasi Arab, tp sedap lg nasi lemak...:p


suke tengok air..:)


mase nak naik glass boat


the coral, cantik kan. kwn2 sy cakap, spongebob tinggal di cni...hehe...sy x layan sgt cite tu, iyekan aje la..


Pak cik glass boat suh kami bg makan roti ke ikan2 ni..Cian, ikan2 ni lapor


jemput pilih, tp sy x beli pun, x minat sgt brg2 prpn ni..hehe.. tengok aje, x reti nk pilih


pantai kat Hamam Firaun




di Uyun Musa (telaga Nabi Musa), salah 1 drpdnya, ade 12 semuanya


pantai lagi


Patung lembu Samiri, gamba dekat sket. Nampak je kan bentuk lembu tu


kat kubu Salahuddin Al- Ayubi


Kami duk kat ats ni sampai kul 7.15 pagi, sbb menunggu matahari terbit. Lepas bergambar ni, bergerak turun dah....Bye bye semua. Jaga diri, hiasi peribadi dgn akhlak mulia..Sekian dari saya di sini..:)

Sesiapa yg nk tinggalkan komen, jgn lupa letak nama skali yep, nanti sy x tau siapa anda...ok la... Same2 tingkatkan amal ibadat di bulan Ramadhan yg mulia ini...bye..:) Belajar rajin2 , enjoy your study, buat yg terbaik dlm apa jua bidang yg diceburi, tutup aurat sebaiknya, jgn pernah rase susah hati krn Allah xkan uji kite jika kite x mampu hadapinya..(nasihat ni special utk diri sy sendiri). Maaf, sy rase dh kali ke berape sy buat perenggan penutup, tp x abis2 jugak sy bercerita..Adoi, habis la kalau cg BM sy bace @ kwn sy, bakal cg BM, si Azlinda bace, dah lame x mengarang dlm bm secara serius...hmm...ok la..berhenti di sini..Bye, jaga diri, jaga iman..:) Assalamualaikum

16 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. ala izah, ni sy tengah bwk awk g berjalan-jalan la ni..hehe..bes kan ikut sy g jalan2? tambah ilmu & pengalaman..:)
    Banyak lagi ni tempat2 yg nak diceritakan.
    Tengah perah otak, nk ingat kembali sambil tengok gambar2 ni sbb dah lame pegi, x berkesempatan nk wat esei pjg mcm ni..Selamat membaca..:)

    ReplyDelete
  4. Alamak izah, ape sy buat tadi, terdelete awk punye komen..Ampun maaf dipinta..:((

    ReplyDelete
  5. olo ecah..uwaaa..bkpe g delate....hehe,xpela..
    bestnye..jauh prjlnn,luas pglmn,dpt byk ilmu,dpt tgk kbsrn ciptaan ALLAH,dpt dktkn diri dgn ALLAH..Allahuakbar!

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, kalo dpt membawa kite mengingati Allah.. Dapat mengisi mase sementara menunggu berbuka puasa.
    & dapat tau sejarah Nabi2 kite juga. Kdg2 sikap x ambil tau menyebabkan kite lg kenal artis drpd kisah2 Nabi. Dah lama x buat esei, rase seronok pulak hari ni dpt buat esei BM..hehe

    ReplyDelete
  7. esei yg sgt brmanfaat..byk yg sy xtaw,thanks share this post..

    ReplyDelete
  8. seronok dapat baca kisah sejarah yang bermanafaat..dapatlah ambil iktibar untuk panduan dalam hidup ini..sebar-sebarkanlah ilmu bermanfaat

    ReplyDelete
  9. cik cahaya: ur welcome, izah kalo g ronda2 kt M'sia, share2 la jugak...hee...

    Anonymous: siapekah cik anonymous??...bagus la kalo keseronokan berjalan-jalan di sini dpt dirasai bersama. Sharing is interesting. Yippie..:)

    ReplyDelete
  10. salam aisyah...1st k.sue nk wish congrat tuk aisyah sbb da de blog sndri...blog ni bgus, menarik...k.sue enjoy dpat melawat ke blog ni..dpat tmbah ilmu...wlaupon x pnah smpai ke sne, tp cte2 aisyah n gmba2 kt ats ni mmbawa k.sue mgembara ke sne...brangan...he3.
    tme ksih sbb sudi b'kongsi pngalaman & ilmu aisyah dgan k.sue...pas ni, rjin2 la mnulis lg ye...k.sue mnunggu pngalaman & cte2 bru dr aisyah...xsaba...hik3..:)
    smoga dpnjgkn umur utuk trus b'ibadat,chat2 slalu & dmrahkn rzki...salam krinduan dri k.sue...salam..:)

    ReplyDelete
  11. best nye leh g jln2@ lawat tmpt g2..mnarik la.. sy ni bla la nk ada pluang g tmpt2 cm2.. nyway, cntik sgt gmbr2 2..thnx ecah kgsi sma2..
    lain la tgk ecah berbndg dlu..yer la..kn da smkin besr n mtg..mmg la lain kan..hehhehe..pe2 pn, kalo ad cter2 yg intrstg, post la..blh gak sy taw cmner khdupan ecah kt sna... hehhehe
    kalo pg sndri tmpt g2, mmg dpt rsai btol2 kan ksshan phlwn islam dlu2, nk tegakkan islam ni.huhuhu....

    ReplyDelete
  12. your ex-teacher: Tr Am
    Tq for sharing d experience.....cantik dan informative.....Selamat berpuasa dan seterusnya menyambut Hari Raya.
    Wish u all d best....

    ReplyDelete
  13. kak sue : thanks kak sue ...doakan kejayaan sy d sini..takpe, k.su berangan-angan, berimaginasi itu bagus...hehe..:)
    linda: haha..nampak sangat sy ni kebudak-budakan dulu..sekarang baru sy sedikit normal ek linda..hihi...sian sy...
    ape2 pun, x sangka semua orang gembira dgn post ni, semoga dpt kembalikan semua keindahan alam itu kpd pemiliknya- Allah yg Esa. Cara utk meningkatkan keimanan kpd Allah, dgn memerhati alam ciptaan-Nya & mengambil tahu kisah perjuangan para Nabi & pahlawan Islam
    Saya hanya berkongsi pengalaman, itu je yg mampu dibuat.

    ReplyDelete
  14. teacher Am: ur welcome, juz sharing da experience, Selamat Hari Raya jugak teacher. Doakan kejayaan sy di sini..:)

    ReplyDelete
  15. salam bt ankanda ku yg nun jauh d perantauan..aneway cngratulation cz berjaya melnjutkan pelajaran di mesir skaligus berjaya bt blog ini untk perkongsian ramai.em pengalaman yg aisyah dpt di sana dpt di kongsi dgn org d cni ia satu idea yg bgus.truskn usaha mu itu...msu akn tggu crita aisyah yg sterusnyer yer,xsabar msu nk baca..tahniah skali lg..all da best n take care..msu doakn kejayaan aisyah di sana..wassalam wth..

    ReplyDelete
  16. mak su nurul: Ok, terima kasih maksu..Tapi x la selalu update rsenye sbb bukan selalu g jalan2 ni..mse cuti je. Kalo ade kisah menarik & bermanfaat akn di tempek di sini..hehe
    g tempat org, rugi la kan kalo ilmu & pengalaman yg ade x dikongsi.

    ReplyDelete