Kata-kata hikmah

Hanya satu golongan yang akan selamat & masuk ke dalam syurga, iaitu:
"Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan mati dalam keadaan bertaubat."

Thursday, August 26, 2010

Jom jalan lagi..

hmm...hari ni nak citer sumthing di sini. Hari ni, sy ngan housemate sy, cik Zumi pegi ke Cairo, sbb ade urusan penting sket & lepas selesai smua tu, kami g ronda2 di pasar Hussein. Lame sangat kembara kami hari ni, kuar umah kul 6.20 pagi sbb mase tu dah siang dah, sbb Subuh kat cni kn awal, kul 3.40 pg & sampai umah lepas waktu berbuka. Kami kene uruskan pasal urusan yuran cik Zumi, kami jalan kaki nak mencari Rumah Pelajar Malaysia Sabah, nasib baik jumpe ngan sorang kak ustazah, die cakap cuba cari Genena Mall, pastu jumpe la Rumah Sabah.
Jalan punye jalan, tanye sumer orang Arab yg dijumpai sepanjang jalan, sampai la kt Genena Mall & selesai la urusan di situ..

Pastu, kami g Hussein pulak. Hussein ni ialah tempat utk student M'sia cari brg2 yg nk bawak balik M'sia. Nak beli cenderahati ke, nak beli baju ke, smua ada. Pelancong asing pun ramai jugak datang shopping kat cni. Bes jugak duk main tawar-menawar ngan peniaga Arab ni. Nasib baik dah tau taktik dorang berniaga. Dorang ni mmg tetapkan harga setinggi langit, kite la yg kene pandai mintak kurangkan harga. Cthnye, ade tasbih comel tu, die cakap harganya 60 genih, kami mintak kurang smpai dpt 25 genih..Dulu ingtkan smua bende mahal kat cni, rupenye kene pandai tawar-menawar. Pastu nk beli baju2 t-shirt pulak, mula die bg harga 20 genih, kami mintak kurang smpai dpt 12.5 genih..Kalo dulu mse bru2 smpai, ingtkan t-shirt 20 genih tu dh murah dah.. Ade jugak lagi 1 jubah tu cantik jugak, pakcik tu letak harga smpai 85 genih, sy mintak 30 genih, pdahal standard harga jubah yg berpatutan 35 genih ok dah...saje je nk murah lg. Pakcik tu bagi smpai 35 genih je. Huh, banyak kot dri 85 genih ke 35 genih.


ni la Pasar Hussein, bahagian makanan ni

Sebelum g jln2 ni, smpat singgah di Masjid Hussein jap utk solat..Kat masjid ni, ada makam Saidina Hussein, cucu kpd Rasulullah s.a.w, putera kpd Fatimah Az-Zahara. Ni ade sy amik gambar dlm masjid jap lepas solat.


dlm masjid




Ni la makam Saidina Hussein, berada dlm kawasan masjid Hussein ni

Sy kekurangan info psl kisah Saidina Hussein, jadi sy search kat pakcik google, kisah ni dipetik drpd blog seseorang yg turut melawat makam ni:

“Inilah Masjid Saidina Hussein. Didalamnya Makam kepala cucunda Rasulullah.”, jelas Ustaz Hakeem yang menjadi ‘tour guide’ bagi pusing-pusing di Kota Kaherah.

Gagah dan utuh Masjid Saidina Hussein. Maklumlah kami, bagaimana masjid ini bertahan walaupun berlaku pengeboman di deretan cafe betul-betul di sebelah masjid seminggu sebelum kami sampai. Allah jua yang memelihara rumahNya.

Sedia maklum, Saidina Hussein telah dipancung dan dibunuh dalam pertempuran di Karbala, Iraq. Lalu kepala baginda dibawa ke Mesir dan disemadikan di sana. Peristiwa pembunuhan ini dikenang sebagai salah satu peristiwa dalam hari Asyura, 10 Muharram dan penganut Syiah sentiasa meratapi kematian Saidina Husein saban tahun, sehingakan golongan yang ekstrem akan mencederakan diri sendiri sebagai tanda penyesalan. Namun biarlah perkara itu dan usah ditimbulkan perbezaan mazhab Sunni dan Syiah pada entry kali ini.

Menjejak masuk ke dalam masjid, hati ingin terus berada di hadapan makam. Lantas kaki perlahan-lahan dalam langkahan tenang menuju ke ruangan makam. Terasa udara tenang. Alunan ayat suci dari pelawat di sekeliling makam menambah tenang. Bauan bunga dan wangian semilir singgah di hidung. Cahaya lampu yang kemilau menambah aura di ruangan makam. Tersergam makam berpagar perak di tengah ruangan. Oh, kini aku berdiri di sisi makam kepala Saidina Hussein, cucu kesayangan yang pernah duduk di pangkuan riba Rasulullah.

Al-Fatihah dan doa dipanjatkan ke atas Saidina Hussein. Mengucapkan juga terima kasih di atas sumbangan dan jasa yang telah ditinggalkan. Terus hati menangkap rasa sayu dan hiba. Ditambah kedengaran bait-bait doa di dinding makam yang dibaca oleh seorang lelaki Arab bersebelahan. Meskipun tidak memahami sepenuhnya, kelunakan suara dan alunan bacaan doa yang bersederhana menambah hiba di hati, lantas airmata sedia jatuh mengalir. Terkenang cerita pengorbanan Saidina Hussein menjadi pendamai golongan yang menentang kepimpinan Khalifah Yazid bin Muawiyah. Baginda berkorban sehingga terkorban !


Ok, kisah psl Saidina Hussein kat ats ni (yg tulisan senget ni) sy amik dri blog sahabat sy..

Ok la, tu je la aktiviti hri ni..Kami x smpat berbuka kat umah pun, Berbuka dlm van on da way nk balik dari Cairo ke Mansurah yg mengambil masa selama 3 jam. Sebelum waktu berbuka tu, van kami ditahan oleh orang Arab yg nak memberikan kurma, & air utk berbuka puasa. Murah rezuki lagi di bulan puasa ni. Kami dpt banyak kurma, orang Arab yg dlm van tu bagi, sampai terpinga-pinga kami x tau nk wat ape bg kurma banyak sangat, sbb kami berdua je Melayu yg ade dlm van tu. Pastu, kami amik gambar sbb dpt byk kurma..hehe..


Orang2 Arab dlm van bagi kami kurma sebanyak ni utk kami berdua berbuka..


Dapat la kami smua, dgn orang2 Arab dlm van tu berbuka dgn seadanya. Budaya orang Arab kat cni memang camtu. Kalo waktu nk dekat berbuka puasa, ade la budak2 @ remaja yg memberikan air manis, kurma kpd van2 yg lalu @ kpd pemandu2 teksi. Bes kan? Dpt pahala sediakan makanan utk org berbuka ni. Kebetulan, Sy & kawan sy duk depan sekali, kami dapat 2 jenis air, hari ni blajar minum air arab yg baru lagi. Boleh tgk gambar kat bawah ni..


ni orang Arab yg tunggu kat tepi jalan bagi kat kami di dalam van, 2 jenis air, seronok w/pon dpt kurma & air manis je, dpt rse minum air Arab lg. Kebetulan sy & kwn sy duk dpn sekali , bes, special sket duk sbelah driver tu. Pakcik tu pun baik je. Tp pakcik tu drive bahaya sket, brape kali nk terlanggar kete lain, die cakap Sorry je kat budak Melayu 2 org ni. Orang Arab mmg bes cara dorang drive kete (dulu mule2 mmg takut, tp skrang dh biase). W/pon bahaya, tp jarang eksiden..Tp bahaya la hakikatnya cara dorang drive kete.


Ni air yg kami minum. Gambar gegar sket, sbb van tgh jalan mse ni. Ni air manisan kurma, ade kurma & bende mcm kelapa dlm tu. X tau la nama Arabnye apa, x tanye pun pakcik driver tu, sbb dh penat sgt, lenguh kaki kami wat explorace hari ni & sangat pening kepala sbb Cairo tu memang bandar yg sibuk, traffic jammed teruk td, bunyi hon kete kat Mesir ni mmg jauh lg kuat dri kt M'sia...huhu...Jadi kami minum je la air tu.

Hmm..ape2 pun, Ramadhan yg indah & lain dari yg lain drpd M'sia..Banyak dpt belajar dari sikap org2 Arab di sini.

No comments:

Post a Comment