Kata-kata hikmah

Hanya satu golongan yang akan selamat & masuk ke dalam syurga, iaitu:
"Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan mati dalam keadaan bertaubat."

Friday, December 24, 2010

Anda semakin matang bila....

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

- Artikel iluvislam.com

Jadi macam mane? anda dh matang atau belum? Saye? masih dalam proses kot..ngehehe..:p
Life is a learning process....challenge? try to face it...krn dgn cabaran akn mematangkan kite..:)

Kisah Dua Biji Benih

Dah lame x update, segar dari ladang, dipetik dari iluvislam.com
Same2 amik manfaatnye...:)

Dua biji benih pokok bunga keembung telah disemai sebelah menyebelah di sebuah taman bunga yang subur tanahnya.

Biji benih pertama berkata, "Aku mahu bercambah dan tumbuh membesar! Aku mahu akarku tertanam sedalam-dalamnya di dalam tanah sehingga melepasi kerak bumi. Aku mahu kuntuman bungaku mekar sehingga dapat kurasai kehangatan cahaya matahari dan menggembirakan si anak gadis apabila melihatku."

Biji benih kedua pula berkata, "Tidak! Aku takut untuk membesar. Jika aku tumbuh membesar, aku tak tahu apa yang akar aku akan tempuhi di dalam kegelapan tanah. Jika bungaku mekar berkembang, para siput akan menggigit aku! Anak-anak kecil akan memetik aku! Tidak! Tidak! Tidak...! Aku tidak sanggup. Lebih baik aku menunggu waktu dan masa yang lebih selamat."

Maka, biji benih kedua itu pun menunggu waktu yang selamat untuk bercambah.

Tiba-tiba kedengaran bunyi kokokan ayam dari jauh. Semakin lama semakin dekat bunyi tersebut. Ternyata ayam tersebut sedang mencari makan. Sambil mengais-ngais tanah, ternampak lah ayam tersebut akan biji benih kedua tersebut lalu dimakannya.

Kesian...

Wahai kawan-kawanku, beranilah menghadapi cabaran. Cabaran mematangkan cara kita berfikir dan bertindak.

Jangan takut menzahirkan cara hidup Islam yang bagaikan bunga mekar di taman.

Jangan takut menambah iman di dalam hati yang bagaikan tumbuhnya akar di dalam tanah... kerana jika anda takut dan kecut... anda akan hancur dimakan zaman. Buka minda... buka hati... kenali potensi diri!

- Artikel iluvislam.com

Friday, December 3, 2010

Ustaz Akill Hayy - Kembara Di Tanah Gersang



Saya juga suka lagu ni...sedap n rase macam kene je ngan diri sendiri, di tanah gersang ini, sy belajar erti hidup....yg susah itu akan mematangkan kita..chaiyok2..fighting..:)))

Doaku - Akhil Hayy



Lagu ni best, sesuai utk orang yg homesick, orang yg bersedih....Tapi jangan lupa untuk bersyukur kerana nikmat yang Allah dah berikan jauh lebih banyak daripada kesusahan yang kita alami...Kesusahan juga lah yg lebih mudah mengembalikan kita kpd-Nya..

ya Allah, jadikanlah aku orang yang bersyukur, kurniakanlah aku hati yg bersyukur & tidak melupakan-Mu di saat2 seperti ini..Berikan kesabaran & ketabahan kepadaku & sahabat2ku..

Hmm..betul la org cakap, musim exam juga adalah musim homesick...Sakit umah, syuh syuh, g main jauh2, sy nk study sungguh2 ni, harapan mak ayah, tok & family sy ade duk kat bahu sy ni, sakit umah sila datang balik bulan 7 taun depan ek..lambat lg nak balik..

Chaiyok2, xnak melayan perasaan dah, exam is coming..bye2..nk sambung study pulak

Wednesday, December 1, 2010

Pelangi Selepas Hujan

Ni juga bkn sy yg tulis, copy n paste

Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.

Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.

Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam?

Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?

Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?

Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?

Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?

Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawabnya senang.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.

Anda Gelisah?

Yg ni pun copy n paste je..cume rase nk simpan, nanti lain kali boleh bace kt sini je..

Hidup ini tidak pernah sunyi daripada ujian Tuhan. Andai pegangan Islam tak kuat, mungkin ada yang mengambil keputusan terburu-buru untuk bunuh diri. Alhamdullilah Allah temukan saya dengan ayat Al-Quran yang saya nak sangat nak kongsikan ini.

(18) Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut).
(19) Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah.
(20) Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut.

Allah yang cipta kita, maka semestinya dia tahu kelemahan kita. Dan ditulis juga dalam surah Al-Maarij ini, ciri-ciri manusia yang tidak merasa resah dan gelisah.

Nak cakap kat sini, mengikut tafsiran saya, (maaf kalau salah dan mohon betulkan), segala resah gelisah yang ada ini semua kerana kita juga. Kerana tidak melaksanakan apa yang Allah perintah.

(21) KECUALI orang-orang yang mengerjakan sembahyang.
(22) Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya.
(23) Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum.
(24) Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).
(25) Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya).
(26) Dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya.
(27) Kerana sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut (bagi seseorangpun) merasa aman terhadapnya.
(28) Dan mereka yang menjaga kehormatannya.
(29) Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
(30) Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.
(31) Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.
(32) Dan mereka yang memberikan keterangan dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi).
(33) Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.
(34) Mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di dalam Syurga dengan diberikan penghormatan.

Penggunaan kata "kecuali" itu membawa makna yang sungguh berat dalam diri saya. Ibaratnya Allah hendak memberi tahu kita, manusia ini memang suka mengeluh, berkeluh kesah, rasa gelisah KECUALI kalau kita amalkan apa yang disuruh. Maka, adakah selama ini kita berkeluh kesah dan mengeluh kerana amalan kita tidak cukup untuk menguatkan keimanan kita untuk menerima setiap takdir dan dugaan Allah?

Maka jika kita :

1. Menjaga solat
2. Mendermakan harta
3. Percayakan hari kiamat
4. Takut akan balasan Tuhan
5. Menjaga kehormatan
6. Menjaga amanah dan janji
7. Memberi keterangan lagi adil

InsyaAllah hati tidak akan resah gelisah.

Saya yang menulis ni, bukan lah sudah memenuhi apa yang saya kongsi ini. Cuma rasa menarik untuk dikongsi.

Hanya berharap dapat buat terbaik untuk Allah. :)

- Artikel iluvislam.com

Kisah Lobak, Telur Dan Coklat Panas

Artikel ni sy copy & paste je, sekadar pedoman untuk diri sendiri & kwn2..Jika nak cari lagi artikel bermanfaat, boleh singgah kat sini : - Artikel iluvislam.com

Kesimpulan yg sy dapat:
-jangan lemah dgn ujian
-jika rasa susah, bersyukurlah krn dgn kesusahan akn lebih mematangkan kita, dpt menanam sifat sabar, sabar & sabar

Nur Izzah, seorang pelajar undang-undang di Kolej Safir merasakan hidupnya tertekan kerana silih-berganti masalah yang perlu dihadapinya. Sudah sampai tahap 'horror'. Maka, Nur Izzah pun mengadu hal ini kepada bapanya, seorang Chef tersohor di mata dunia, bernama Chef Jay.

Di dalam dapur yang sentiasa berasap, Chef Jay mengambil 3 biji periuk 'stainless steel' yang berisi air paip dan memanaskannya di atas dapur gas yang kuat apinya.

Nur Izzah kelihatan bingung melihat gelagat ayahnya, Chef Jay itu. Apabila air di dalam periuk tersebut kelihatan mulai menggelegak, Chef Jay memasukkan lobak merah, telur ayam kampung dan 5 sudu besar serbuk coklat panas jenama Galaxy ( memang sedap), setiap satunya ke dalam periuk yang berasingan.

Nur Izzah menarik muka masam. Dia tidak merasakan ayahnya memahami masalahnya. Selepas beberapa ketika, Chef Jay mengangkat lobak merah dan telur ayam kampung ke dalam dua mangkuk dan menuangkan coklat panas ke dalam gelas. Dialog antara ayah dan anaknya pun bermula.

Chef Jay : Apa yang Izzy (nama manja) nampak?

Nur Izzah : Lobak merah, telur ayam kampung dan coklat panas...

Chef Jay : OK... cuba Izzy rasa lobak merah, kupas telur ayam kampung dan hirup sedikit air coklat panas tu... lepas tu... beritahu ayah apa yang Izzy rasa.

Nur Izzah : Hmmm... lobak merah tu lembut dan senang dikunyah, telur ayam kampung tu sebelum masak dalamnya cair (mentah) tapi bila dah rebus jadi keras dan yang paling sedap air coklat panas tu yang begitu enak ketika panas. Tapikan... kenapa ayah buat macam ni???

Chef Jay : Sesungguhnya, dengan memasak pun boleh menyelesaikan masalah Izzy tu. Ketiga-tiga bahan tu memberikan tindak balas yang berlainan terhadap air panas yang menggelegak. Lobak merah yang pada mulanya keras menjadi lembut bila direbus. Telur ayam kampung pada mulanya isi dalamnya cair, tetapi menjadi keras apabila direbus. Coklat panas itu pula tidak enak dimakan begitu sahaja, tetapi enak diminum panas-panas apabila dibancuh dengan air panas.

Nur Izzah : Jadi apa kaitannya dengan masalah Izzy ni? Izzy tak faham.

Chef Jay : Air yang panas menggelegak itu umpama semua masalah Izzy dan ketiga-tiga bahan itu menggambarkan yang mana satukah Izzy nak jadi. Jangan jadi seperti lobak merah, pada mulanya keras (kuat) tetapi lembut (lemah) apabila di rebus di dalam air panas (masalah). Jangan jadi seperti telur ayam kampung isi dalamya cair (umpama hati yang lembut dan boleh di bentuk), tetapi apabila direbus menjadi keras (hati menjadi keras umpama batu) walaupun daripada luar kelihatan masih sama. Jadilah seperti coklat panas itu, menukar air panas itu dan menjadi air coklat panas yang enak. Begitulah Izzy yang sepatutnya, jadikanlah masalah itu sesuatu yang memberi manfaat dan pengalaman yang berharga di dalam hidup, moga-moga kita lebih matang dan bijak menghadapi masa hadapan.

Nur Izzah menitiskan air mata terharu mendengar nasihat ayahnya itu... Seakan-akan muncul semangat baru di dalam diri Nur Izzah untuk terus mara ke hadapan.

Sahabat-sahabatku sekalian...

Ujian adalah Tarbiyyah daripada Allah s.w.t.

Berilah pertolongan kepada mereka yang bermasalah walaupun hanya sekadar mendengar masalah mereka.

Moga-moga kita dirahmati Allah s.w.t. Amin...

- Artikel iluvislam.com

Monday, November 8, 2010

The new...sem

Hmm.....dah lame sangat x update blog ni, bila menjengah...haha...
dah lame blog ni sepi tanpa update, still dgn kisah2 Ramadhan bile tgk entri sebelum ni..huhu....

Sebenarnye banyak je nak citer, tp bercampur-baur, ade kisah gembira, kisah sedih, kisah x berape suke (bile dh kene balik ke perantauan ni...) tp sbb dh tanggungjawab, perjuangan mesti diteruskan...Bak kata someone dlm tv, hidup tanpa cabaran, x best..So, carilah cabaran...Explore da life, take da risks( pinjam ayat kwn).

Meh nak citer kronologi semenjak balik ke Malaysia sampai la dh balik ke Mesir ni..(setakat yg ingat je la, hehe)
1. Balik M'sia 2 hari before Raye, sangat gembira, seronok sbb dh nak raye...pastu raye kt kampung tok, lg la best..Dah lame x raye kt kg, raye kt umah sndiri kurang uhm..
2. Hari Raye ke 3, wat open house utk sedare- mara, yg ni ok je, tp xleh g beraya la, kene jaga umah..
3. Raya ke 6, mase utk g beraya, g umah kwn2, umah cikgu2 di K. Berang...best, g umah cg2 dh 1 hari, siap tido umah bestfriend untuk 1 mlm sbb dah lewat..lagi pun jumpe setahun sekali, boleh la borak panjang2..
4. Pastu bercuti panjang, duk kt umah je, bile dh bosan, g umah Tok pulak seminggu...Best, blajar masak pizza la, dah la sepupu nk sponsor smua bahan2, pastu teman Tok, berkongsi pengalaman & cerita, citer psl Baba & Mama yg baik hati, Tok terus suh tolong bg ikan bilis sbg hadiah utk Baba, sbb jaga cucunya kat sini..hehe
5.Ape lg ek, 3 hari before balik, pegi Majlis Resepsi, 2 pupu kahwin...xmo g sbnarnye sbb x knal sgt, tp juz nk try g sndiri Majlis Resepsi mcm yg grand2 mcm dlm Nona tuu...jadi sy g la..x best sgt, sbb ade protokol la, bla bla bla, xleh wat itu n ini, kene makan ayam ngan garfu (huh, ni pun termasuk ke) pastu ade nyanyi2, x elok sgt la kan..Tp my opinion, simple is better
6. Seminggu sebelum balik ke Mesir, asyik nk makan burger special yg pasar malam tu je..hehe sbb burger kt M'sia banyak sos..tp kat cni, ciput je n x sesedap kt M'sia. Nak makan lg taun depan..yuhuu..
7. Yg ni part yg sgt x best & sedih sket, housemate sy dh x balik ke Mesir dh tuk sambung study in medic b'coz of some problems, xyah la citer sebabnye kot..Tapi pasti ada hikmahnya kan..Semoga Allah melorongkan jalan yg lebih baik untuknya. Tak ada istilah silap membuat keputusan, tapi memang itulah sebahagian drpd jalan hidup kite. Jadi kami sedang menunggu kemasukan housemate baru...To Jannah, kami di sini pasti akan merindui Jan, kuatkan semangat di sana, moga kite akan jumpa lagi..huhu.....

Teruskan perjuangan, kami pun akan terus berjuang di sini, utk fight dgn sem baru, kene bina semangat baru utk terus mencipta kejayaan, kami tengah fight dgn winter ni, huh, sejuk2 ni nak bertahan depan buku mmg perlu semangat & keazaman yg membara...Chaiyok2....Betulkan niat dlm belajar, jangan putus asa, jangan mudah mengalah krn hidup adalah perjuangan, Allah takkan uji kite jika kita x mampu..Jadi kite pasti mampu dengan izin-Nya dengan syarat usaha sungguh-sungguh, buat sehabis baik, usaha, usaha & usaha....:)

(p/s:1.Salah 1 sebab x update blog sbb tgk ade pembaca dari Jakarta pun ada singgah, rsenye blog ni xde ape2 yg menarik sgt, hopefully Nabila atau Avian dlm citer Cinta dan Anigerah yg bace, hehe...:p
2. lagi 1, housemate sy pun dpt kesan blog sy ni..huahua, sedikit segan bila mereka bace)

Lagi 1, lepas ni maybe sangat jarang update blog, fb kdg2 je jika ade yg penting krn perlu membuzykan diri study krn tu pekerjaan tetap buat masa ni, utk kwn2 baik sy, housemate sy, jom belajar sungguh2...yuhooo, enjoy study, betulkan niat utk study, jgn study juz utk exam je ok, tp study sbb kite betul2 nk study....Kawan2 sy kat Malaysia tengah musim exam sekarang, all da best ya, Anda pasti boleh...sy di sini bru start sem, ade rejeki jumpe taun mendatang.=)

Tuesday, August 31, 2010

Iftar 3

Semalam kami g berbuka puasa umah Mama lagi. Macam biase, perut rse mcm nak meletup je..huhu.. Tp semalam rsenye paling bes, sbb makan pizza..sedap..
Mama cakap sengaja buat pizza sbb x berat sangat, sbb mgu lepas, Mama buat makaroni bakar tu sy x abis makan pun kn...dan sy sgt suke mkn pizza minggu ni...sedap sgt..:)

Pizza yg Mama buat bukan jenis yg melekat-lekat, ade cheese byk2 tu, tp die letak
sayur banyak2...sedap, sbb x macam kat kedai..Pizza tu kene makan dgn timun ( mcm timun batang kat M'sia), kat sini panggil Attha.

Tp banyak la, kami dpt 1 yg besar tu, kene share 2 orang. Seeh perut bile dh habiskannya. Air pulak mcm biase, air Hibiscus @ dlm Arab air Karkadir, post yg sebelum ni sy silap eja rasenye...hehe.... dan kami makan sejenis manisan, namanya Bazbussa, manis....sy x suke manis2....tp rase la 1 keping, sbb Mama suh makan jugak...:p


hidangan paling best semalam....pizza, Attha, air Karkadir (hibiscus)


Share 2 orang


ni Bazzbussa, kt tgh tu kacang


Ok la, tu je post kali ni...hahaha...sy tgk blog sy ni penuh ngan gambar makanan dah......takpe la, org M'sia msti nk tengok makanan Arab kan. Hari Isnin dpn, iftar last with Mama, hari Selasa tu kami nk balik Malaysia dh utk raye...Yahoo....:)))
Kite dah masuk 10 terakhir Ramadhan, jgn lupa manfaatkan sebaiknya..Moga kite bertemu dgn malam yg lebih baik drpd seribu bulan- Lailatul Qadar..Moga sy & anda semua berjaya dlm pencarian...:)

Thursday, August 26, 2010

Jom jalan lagi..

hmm...hari ni nak citer sumthing di sini. Hari ni, sy ngan housemate sy, cik Zumi pegi ke Cairo, sbb ade urusan penting sket & lepas selesai smua tu, kami g ronda2 di pasar Hussein. Lame sangat kembara kami hari ni, kuar umah kul 6.20 pagi sbb mase tu dah siang dah, sbb Subuh kat cni kn awal, kul 3.40 pg & sampai umah lepas waktu berbuka. Kami kene uruskan pasal urusan yuran cik Zumi, kami jalan kaki nak mencari Rumah Pelajar Malaysia Sabah, nasib baik jumpe ngan sorang kak ustazah, die cakap cuba cari Genena Mall, pastu jumpe la Rumah Sabah.
Jalan punye jalan, tanye sumer orang Arab yg dijumpai sepanjang jalan, sampai la kt Genena Mall & selesai la urusan di situ..

Pastu, kami g Hussein pulak. Hussein ni ialah tempat utk student M'sia cari brg2 yg nk bawak balik M'sia. Nak beli cenderahati ke, nak beli baju ke, smua ada. Pelancong asing pun ramai jugak datang shopping kat cni. Bes jugak duk main tawar-menawar ngan peniaga Arab ni. Nasib baik dah tau taktik dorang berniaga. Dorang ni mmg tetapkan harga setinggi langit, kite la yg kene pandai mintak kurangkan harga. Cthnye, ade tasbih comel tu, die cakap harganya 60 genih, kami mintak kurang smpai dpt 25 genih..Dulu ingtkan smua bende mahal kat cni, rupenye kene pandai tawar-menawar. Pastu nk beli baju2 t-shirt pulak, mula die bg harga 20 genih, kami mintak kurang smpai dpt 12.5 genih..Kalo dulu mse bru2 smpai, ingtkan t-shirt 20 genih tu dh murah dah.. Ade jugak lagi 1 jubah tu cantik jugak, pakcik tu letak harga smpai 85 genih, sy mintak 30 genih, pdahal standard harga jubah yg berpatutan 35 genih ok dah...saje je nk murah lg. Pakcik tu bagi smpai 35 genih je. Huh, banyak kot dri 85 genih ke 35 genih.


ni la Pasar Hussein, bahagian makanan ni

Sebelum g jln2 ni, smpat singgah di Masjid Hussein jap utk solat..Kat masjid ni, ada makam Saidina Hussein, cucu kpd Rasulullah s.a.w, putera kpd Fatimah Az-Zahara. Ni ade sy amik gambar dlm masjid jap lepas solat.


dlm masjid




Ni la makam Saidina Hussein, berada dlm kawasan masjid Hussein ni

Sy kekurangan info psl kisah Saidina Hussein, jadi sy search kat pakcik google, kisah ni dipetik drpd blog seseorang yg turut melawat makam ni:

“Inilah Masjid Saidina Hussein. Didalamnya Makam kepala cucunda Rasulullah.”, jelas Ustaz Hakeem yang menjadi ‘tour guide’ bagi pusing-pusing di Kota Kaherah.

Gagah dan utuh Masjid Saidina Hussein. Maklumlah kami, bagaimana masjid ini bertahan walaupun berlaku pengeboman di deretan cafe betul-betul di sebelah masjid seminggu sebelum kami sampai. Allah jua yang memelihara rumahNya.

Sedia maklum, Saidina Hussein telah dipancung dan dibunuh dalam pertempuran di Karbala, Iraq. Lalu kepala baginda dibawa ke Mesir dan disemadikan di sana. Peristiwa pembunuhan ini dikenang sebagai salah satu peristiwa dalam hari Asyura, 10 Muharram dan penganut Syiah sentiasa meratapi kematian Saidina Husein saban tahun, sehingakan golongan yang ekstrem akan mencederakan diri sendiri sebagai tanda penyesalan. Namun biarlah perkara itu dan usah ditimbulkan perbezaan mazhab Sunni dan Syiah pada entry kali ini.

Menjejak masuk ke dalam masjid, hati ingin terus berada di hadapan makam. Lantas kaki perlahan-lahan dalam langkahan tenang menuju ke ruangan makam. Terasa udara tenang. Alunan ayat suci dari pelawat di sekeliling makam menambah tenang. Bauan bunga dan wangian semilir singgah di hidung. Cahaya lampu yang kemilau menambah aura di ruangan makam. Tersergam makam berpagar perak di tengah ruangan. Oh, kini aku berdiri di sisi makam kepala Saidina Hussein, cucu kesayangan yang pernah duduk di pangkuan riba Rasulullah.

Al-Fatihah dan doa dipanjatkan ke atas Saidina Hussein. Mengucapkan juga terima kasih di atas sumbangan dan jasa yang telah ditinggalkan. Terus hati menangkap rasa sayu dan hiba. Ditambah kedengaran bait-bait doa di dinding makam yang dibaca oleh seorang lelaki Arab bersebelahan. Meskipun tidak memahami sepenuhnya, kelunakan suara dan alunan bacaan doa yang bersederhana menambah hiba di hati, lantas airmata sedia jatuh mengalir. Terkenang cerita pengorbanan Saidina Hussein menjadi pendamai golongan yang menentang kepimpinan Khalifah Yazid bin Muawiyah. Baginda berkorban sehingga terkorban !


Ok, kisah psl Saidina Hussein kat ats ni (yg tulisan senget ni) sy amik dri blog sahabat sy..

Ok la, tu je la aktiviti hri ni..Kami x smpat berbuka kat umah pun, Berbuka dlm van on da way nk balik dari Cairo ke Mansurah yg mengambil masa selama 3 jam. Sebelum waktu berbuka tu, van kami ditahan oleh orang Arab yg nak memberikan kurma, & air utk berbuka puasa. Murah rezuki lagi di bulan puasa ni. Kami dpt banyak kurma, orang Arab yg dlm van tu bagi, sampai terpinga-pinga kami x tau nk wat ape bg kurma banyak sangat, sbb kami berdua je Melayu yg ade dlm van tu. Pastu, kami amik gambar sbb dpt byk kurma..hehe..


Orang2 Arab dlm van bagi kami kurma sebanyak ni utk kami berdua berbuka..


Dapat la kami smua, dgn orang2 Arab dlm van tu berbuka dgn seadanya. Budaya orang Arab kat cni memang camtu. Kalo waktu nk dekat berbuka puasa, ade la budak2 @ remaja yg memberikan air manis, kurma kpd van2 yg lalu @ kpd pemandu2 teksi. Bes kan? Dpt pahala sediakan makanan utk org berbuka ni. Kebetulan, Sy & kawan sy duk depan sekali, kami dapat 2 jenis air, hari ni blajar minum air arab yg baru lagi. Boleh tgk gambar kat bawah ni..


ni orang Arab yg tunggu kat tepi jalan bagi kat kami di dalam van, 2 jenis air, seronok w/pon dpt kurma & air manis je, dpt rse minum air Arab lg. Kebetulan sy & kwn sy duk dpn sekali , bes, special sket duk sbelah driver tu. Pakcik tu pun baik je. Tp pakcik tu drive bahaya sket, brape kali nk terlanggar kete lain, die cakap Sorry je kat budak Melayu 2 org ni. Orang Arab mmg bes cara dorang drive kete (dulu mule2 mmg takut, tp skrang dh biase). W/pon bahaya, tp jarang eksiden..Tp bahaya la hakikatnya cara dorang drive kete.


Ni air yg kami minum. Gambar gegar sket, sbb van tgh jalan mse ni. Ni air manisan kurma, ade kurma & bende mcm kelapa dlm tu. X tau la nama Arabnye apa, x tanye pun pakcik driver tu, sbb dh penat sgt, lenguh kaki kami wat explorace hari ni & sangat pening kepala sbb Cairo tu memang bandar yg sibuk, traffic jammed teruk td, bunyi hon kete kat Mesir ni mmg jauh lg kuat dri kt M'sia...huhu...Jadi kami minum je la air tu.

Hmm..ape2 pun, Ramadhan yg indah & lain dari yg lain drpd M'sia..Banyak dpt belajar dari sikap org2 Arab di sini.

Tuesday, August 24, 2010

Yeay...Saya balik...yahoo

Alhamdulillah.....hee...sukenye hati, hari ni dah dpt final decision....yahoo
Ayah sy bagi sy balik Malaysia....hehe..sukenye hati..rase ade semangat balik utk meneruskan hidup...waa...dahsyatnye penyakit homesick ni.Sebab tu blog ni mendapat namanya..:p

Hmm..kpd kwn2 yg rse xleh duk jauh2 ngan famili, baik pikir 10x sebelum dtg sini.....Kawan sekolah rendah sy, Zaini cakap bes datang cni sbb bace blog sy sumer citer best2 pasal jalan2 n makan byk2, xde la smuanya bes...Kalo nk cite yg homesick2, kn sumer x hepi bace blog ni. Yes, raye nanti dpt jumpe ngan famili, sanak saudara, anak saudara sy yg bakal lahir lepas raya ni, nk jumpe ngan kwn2 sekolah rendah, sekolah menengah, cg2 smua kalo boleh nk jumpe...huhu...biarpun cg dh x ingat muka kite dah...ye la, dah anak murid kn ramai kn. Kite pun pelajar pasif je dulu...

Ok la, nk pikir pasal nk balik M'sia pulak. dah la tiket smua x tempah lagi...visa x renew lg, nk terbang balik terengganu pun x tempah tiket lagi....Banyak ni nk kene pikir, mak & kakak sy pun dh ade pesanan masing2 dah...hoho..semoga smuanya dipermudahkan, hrp2 tiket masih ade..:))

Monday, August 23, 2010

Beriftar lagi

Hari ni, macam biase berbuka puasa ngan Mama lagi...x habis pun makan, banyak sangat nk sumbat dlm 1 masa...Kami makan Makarona Basyamil atau nama Melayunya mcm Makaroni bakar, ayam golek versi Mesir, coneffa & 1 lagi manisan yg diberi nama Athai.
Makarona Basyamil tu Mama yg buat, Athai tu Nadha yg buat & ayam golek tu Mama beli kat kedai je. Kenyang sangat, sy x dapat nak habiskan pun. Housemate sy berjaya habiskan tapi lepas tu sgt se'eh perut ( btul ke sy eja).

Takmo citer byk2, tgk gambar je...Lepas ni rase mcm dh xnak g dah umah Mama sbb msti makan x abis, tp Mama ajak buke puasa lg Isnin depan...huhu..Ni pun Mama suh wat balik makanan utk sahur pulak...hmm..murah rezeki bulan puasa ni,..:)


tu air Khalili, Nadha cakap air Hibiscus, sedap je...:)


ni Makarona Basyamil dgn ayam golek (masak nk menghabiskannya sorang2), huh, lg suke minum air je dri makan byk2


ni pulak manisannya, Athai, manis, berintikan kacang..Nadha yg buat


ni sayurnya

hmm..penat la makan byk2 ni...Tapi sy suke minumannya, ade air Khalili, air kosong, air gas Cola yg Arab punye, bukan yg boikot tu & air teh Mesir yg pekat tu...hehe, mmg suke berbuka ngan air je takpe dah..ok la, selamat berterawih smua di M'sia..Kami solat terawih kat rumah je, x larat nk wat kat umah Mama...perut se'eh..balik umah boleh rehatkn perut jap..:p

Monday, August 16, 2010

Iftar bersama Mama

Assalamualaikum..

Oleh sebab gambar berjaya ditransfer utk ditempek di blog ni & ramai yg berada di M'sia ingin mengetahui aktiviti sy di sini pd Summer Break (cuti musim panas) ni, jadi hari ni saya nk ceritakan tentang semalam. Semalam, sy bersama 2 org lagi kawan serumah telah dijemput utk berbuka puasa (iftar) bersama Mama..

Mama ialah panggilan utk isteri tuan rumah sewa sy kat cni. Tuan rumah sy pulak, kami panggil Baba. Mama & Baba ni kalo org Melayu panggil macam Mak & Ayah la kirenye sbb anak2 Mama mmg panggil Mama & Baba kat mak ayah dorang ni. Kebetulan pulak, Baba ni namanya Baba Mustofa...hik hik...same ngan nama ayah sy...

Baba tu acap kali jugak ajak kami supaya iftar bersama setiap Isnin, kami sgt segan ( malu2 tapi mahu je rasenye..hikhik) tapi setelah diajak berulang kali, kami pun x dpt menolaknya. Baba dh gtau awal2, nati x makan same2 pun, jadi takyah segan2..Baba makan ngan anak2 laki die kat atas, sy n 2 org housemate sy & sorang lg jiran Mama, student prpn Melayu jugak makan dgn Mama & anak prpn Mama kat tingkat bawah. Rumah Baba cantik...hihi..Sementara menunggu waktu berbuka, sempat je sy snap pic kt umah Baba..


di rumah Baba n Mama

Kami g umah Mama ni dlm kul 6.15 ptg sbb buka puasa kul 6.40 ptg. Bile masuk waktu berbuka, kami makan kurma dulu 3 biji n minum air. Lepas tu, dorang ajak solat Maghrib dulu sbb sunnah Nabi katenye. Kami angguk je la, sbb tau je tp x biasa buat sbb kt M'sia pun biase mkn berat2 dlu bru solat.. Pastu, kami solat Maghrib dulu ngan Mama n anak prpn Mama, Nadha namanya.


Ni gamba ngan anak Mama. Mama ade 3 orang anak, lg 2 org laki, abang Nadha tp dorang makan ngan Baba la kt tingkat atas. Orang Arab biasanya mmg xde anak ramai2. Ni mase baru pas solat Maghrib..Tengok muka kami yg teruja nk makan makanan Arab.

Lepas solat ni, bermula lah cabaran sebenar utk kami, huh, penat sgt kami makan utk menghabiskan makanan yg boleh tahan banyaknye...huh


antara makanannya..nak penuh meja


penuh pinggan, kalo kt M'sia mmg x mampu nk habiskan, tapi kat sini wajib habiskan, sbb orang Arab akan terasa kalo kite x abiskan makanan yg dijamu..huh.



( belah kanan) ni mcm ikan goreng, lupa la nama die..kwn sy ckp, cam ikan tilapia. huh, ye kot, sy x knal ngat nama2 ikan ni




ni jeruk sayur, huh, biasenye org Melayu xleh makan, sbb rasa yg sgt pelik

Hmm...sy biarkan gambar yg bercerita. Seronok juga semalam sbb anak Mama, Nadha tu peramah orangnya. Lagi 1, die pandai cakap bhse Inggeris. Kami yg x terer lg ckp Arab ni boleh la cakap banyak2 sket. Kalo kene ckp Arab, sepatah 2 je kot yg kuar. Tak pun, cakap bahasa isyarat pulak jadinye...:p


(tepi belah kanan) ni samak Bouri (kalo x silap la, Nadha gtau) samak tu ikan, Bouri tu nama ikan tu. Ikan bakar ni..


(kiri kat bawah)ni kalo x silap, namanya Baba Ghanum, mcm terung lenyek, Nadha yg buat ni, yang ikan bakar tu Mama buat


Nadha ni umo 16 tahun. Die ni kecik je, die cakap bg orang Arab, die ni kirenye very thin & very short (sgt kurus & pendek). Bagi orang Melayu, die ni dah kecik comel dah kan. Die citer selalu kene paksa utk makan banyak tapi biasenye die makan sikit je. Tapi mmg biasenye org Arab makan byk. Sekarang tinggi die 150 cm dgn berat 45 kg, tp bg Mama, die sgt2 under weight. Die ckp berat utk tinggi 150 cm orang Arab ialah 60 kg...Beratnye..Pastu kami cakap la, Nadha jadi orang Melayu la, sbb die jenis x mkn byk, kecik2 mcm org Melayu je...hahaha...die gelak je. Pastu kwn2 sy duk banding sy ngan Nadha...hihi..Dorang nk suh sy duk ngan Mama, leh jd gemuk, mkn byk2...Nadha ni baru nk masuk upper form, sistem sini lain sket. Nati bile umo 19, masuk U pulak. Kitorang tanye ape cita2 Nadha, die cakap x pikir lagi, xtau lagi minat ke arah mane, tp maybe nk jd doktor. Senang la, dekat je ngan U nanti. Nak tau, Nadha ni hafaz Quran dh 13 juzuk. Mama pulak mmg dh 30 juzuk, bagus kan. Orang Arab mmg kuat ingatan, lagipon bhs Arab bhse dorang, jd xla susah sgt nk hafal. Erm, pendek kata mmg biasanya org Arab hafal Quran.

Huh, banyak jugak la cakap ngan Nadha, Mama asyik suh kitorang tambah makanan, takyah cakap byk2 ngan Nadha, kitorang pulak x muat perut nak isi, sbb tu mkn sambil cakap byk2 ngan Nadha..hehe..

Kami ingatkan tu je la makanan yg kene habiskan, rupa-rupanya ade lagi pencuci mulut, sejenis manisan yg dipanggil Coneffa...Yg ni paling senang nk ingat nama sbb namanya mcm eskim Conetto...hehe..:P Yang ni kami rase sikit je la sbb manis kan, lagipun x muat perut dah.


Coneffa...perut kami dah x muat..tolong2..:p


teksturnye mcm sarang burung



coneffa, makang dgn air gas oren (hikhik...org Ganu pahang je kang), manis neteng

Kami minum 3 jenis air semalam, mase berbuka tu, air kosong, pastu Mama bg air hibiscus (1st time minum kat cni) kami ingatkan air kurma, sbb rse cam kurma je tp bukan, & last skali air gas oren tu...Orang Arab mmg suke minum yg manis2. Lame jugak nk abiskan makanan ni smpai Isyak, pastu mama ajak solat Isyak & terawih same kt umah Mama ( sbb mkn lame sgt, x smpat g masjid)

Ok la, tu je la nk citer. Hari Isnin depan, Mama ajak lagi berbuka puasa same2..Selamat berpuasa, selamat berbuka puasa, selamat berterawih utk smua di M'sia...Babai...Assalamualaikum

Wednesday, August 11, 2010

Jalan-jalan..:)

Salam alaik utk semua....

Hari ni, sy nak citer sesuatu yg gembira pulak. Hari ni, sy nak ceritakan pengalaman sy menyertai jaulah (trip) ke Sinai ketika Winter Break (cuti musim sejuk) hari tu (Feb 2010) selama 3 hari 2 mlm....Kawan2 rapat sy asyik suruh sy post gambar je, ok la sy postkan di cni...hehe.

Asalnya x terpikir pun utk ceritakan di blog ni, tp mse sebelum pegi Sinai aritu, ayah sy pesan suh amik gamba banyak2. Jadi, famili sy & kawan2 smua boleh terus bace di sini je. Kalo x, gambar ni diperam dlm ladtop ni je, share kat sini ade jugak faedah kan. X sangka jugak ramai kwn2 sy nak tau kisah di sini..:)

Gunung Sinai ni ada tercatat dlm al-Quran sbg Bukit Tursina. Best sangat misi mendaki Gunung Sinai, sangat penat, sangat mencabar, tp yg paling penting dapat menambah ilmu & pengalaman. Tengah musim sejuk ni...Jadi, kalo tengok gamba yg nampak panas, tapi kitorang bersweater, sbb angin sejuk tetap ada tp xde salji la kat Mesir ni.

Jaulah ni bukannya pergi mendaki Gunung Sinai je tau, tapi ade tempat2 lain lagi spt Pantai Dahab, Uyun Nabi Musa, Makam Nabi Harun & Nabi Soleh, tapak perkampungan Nabi Ilyas, patung lembu Samiri dll...
Nak tau x kenapa kami pergi mendaki Gunung Sinai? Ade sebabnya, bukan suke-suki, saje2 je nak pegi @ nk cipta rekod.....Tapi ade sebabnye...
Meh nak citer, Gunung Sinai ni ialah tempat Nabi Musa bermunajat kpd Allah selama 40 hari. Kalau pergi tmpat mcm ni, dapat la merasai kesusahan Nabi Musa mendaki Gunung ni tapi sekarang ni dah banyak track yang orang terokai & ada shortcut, jadi x la sesukar dahulu. Tapi sangat penat & sangat sakit kaki kami prpn2 yang pergi mendaki Gunung ni, memang lepas habis misi ni, sy cakap dlm hati, cukup la sekali ni je merasa pengalaman mendaki gunung...Lepas ni, xnak dah, x larat den...

Foto 1: Semuanya tersenyum penat...Saya tanya adik sy dah tgk ke gamba sy g Sinai. Adik bongsu sy yg darjah 5 cakap, Aah, dah tengok, gamba Kak Cah n ade kwn2 Kak Cah 3 orang pakai topeng..Adoi, tu purdah la cik adik...Nasib baik bdk2 lg

Kami mendaki gunung ni bermula pukul 1 pagi, & selamat sampai ke puncak pd pukul 5 pagi, sebelum Subuh, sangat2 sejuk berada di atas puncak tu. Kami mendaki dlm group2 kecil, 5-6 orang (smua ahli rombongan dlm 40 org) diringi oleh seorang snior lelaki yg bertugas utk jaga keselamatan & penunjuk arah..After that, kami solat Subuh & then menunggu mentari terbit..Memang menguji ketahanan mental la nk boleh sampai ke puncak. Saya ni memang jenis cepat penat, tp nak g jugak, memang lepas mendaki ni dapat 'tough' kan sy punya mental.."Ya, saya boleh, sikit je lagi, nak smpai ke puncak dah...." Dapat la sket cara2 nk memotivatekan diri sendiri pada saat kite berasa mcm x mampu dah utk teruskan perjalanan. Sebelum mendaki ni sayu jugak, senior pesan mintak maaf kat mak ayah dulu, takut jadi ape2, huh...mati x kenal masa. Tapi alhamdulillah, semuanya selamat sampai pergi & balik...Tapi sangat sakit kaki, tegang urat betis wa cakap luu....Tapi 1st experience itu perlu...hehe...nak rase sangat tapi pengalaman yg sangat berharga especially utk budak2 manja spt sy....hehe..Nak jadi lebih independent, tu yg g wat bende yg sy paling x yakin sy boleh buat..Ade berani?? Meh cni, yang manja2 tu, jom daki gunung..hihi..:p

Ok, next, nak ceritakan tentang Uyun Musa (telaga Nabi Musa), makam Nabi Harun, makam Nabi Soleh & tapak perkampungan Nabi Ilyas. Telaga Nabi Musa ade 12 semuanya & menjadi menjadi sumber minuman & kegunaan lain utk 12 kabilah (kaum) Nabi Musa. Makam Nabi Harun & Makam Nabi Soleh pula adalah tempat2 yang mustajab utk kite berdoa. Ustaz sy cakap, bagus tau melawat makam orang2 soleh, sebab mereka seumpama hidup di sisi Allah. Jadi kalau ada peluang, same2 manfaatkan. Kalau yang ade kat M'sia takpe la, anda tengok gamba2 yang sy attach kan ok.. Anggap la sy membawa hati anda berjalan-jalan :) Pengalaman kalau x dikongsi, x terasa manisnya...kn2


Foto 2: berada di makam Nabi Harun, sy yg snap pic, jd tiada dlm gamba..:p


Foto 3 (kat bwh ni):ni tapak perkampungan Nabi Iliyas, on da way turun dari Gunung Sinai, mase ni semua tgh keletihan, jadi ambil gambar sekadarnya je la


Foto 4:gambar candid (ats)...sy suke candid...hehe..di sekitar Uyun Musa


Next, nk ceritakan tempat seterusnya iaitu Hamam Firaun, kubu peninggalan Israel, Patung lembu Samiri. Hamam ni dlm bhs Arab maksudnya bilik air @ tandas @ kamar mandi kepunyaan Firaun. Firaun ni ade ramai tau, bkn sorang tu je yg menentang Nabi Musa je, ade jugak Firaun perempuan & ade juga Firaun yang beriman. Hamam ni mcm sauna la, panas sangat tempatnya kalau masuk dalam tu. Saya pun x tahan masuk sampai dalam, masuk sikit je dah panas yg amat. Senior kitorang yg bwk kitorang pegi jaulah tu cakap, nk rase kepanasan api neraka yang berganda-ganda lagi dri Hamam tu boleh la try masuk dlm Hamam Firaun tu. Hamam ni tempat rawatan utk Firaun yang menghidap penyakit kusta. Orang cakap, sape2 yg nk kuruskan badan pun elok buat sauna, boleh la pegi Hamam Firaun ni. Tapi sy x tahan la sbb pns sangat..Takpe la...No diet2, asalkan sihat walafiat sudaa..


Foto 5: tempat nk masuk ke Hamam Firaun, mcm nak masuk dlm gua tempatnye.Panas berasap-asap kat dalam tu

Ok, nak ceritakan tentang kubu peninggalan Israel. Dulu, Israel pernah berjaya menawan Sinai. Pastu dorang berjaya membina kubu2 pasir yg kukuh. Tentera Israel ni bercakap besar, eksyen lebih..dorang cakap tentera Islam perlukan masa 48 jam utk musnahkan kubu diorang. Pastu tentera Islam fikirkan strategi utk menang. Ade seorang syeikh ni dpt petunjuk dlm mimpi kalo nk kalahkan dorang ni kene guna air. Pasir vs air..Lepas tu, tentera Islam berjaya kalahkan Israel dgn menggunakan pam air dlm masa lebih kurang 24 jam. Alhamdulillah, dgn pertolongan Allah jugak.




Ok, sekarang nk citer pasal patung lembu Samiri...Ketika Nabi Musa meninggalkan kaumnya utk pergi bermunajat kpd Allah di puncak Gunung Sinai selama 40 hari, salah seorang pengikut Nabi Musa yang bernama Samiri telah terpesong, telah mengajak kaumnya utk menyembah lembu (Tuhan Lembu). hmm...dorang terpesong akidah sepeninggalan Nabi Musa. Kwn2 nampak x ade patung lembu kat batu2 tu..Haa.. tu la Patung Lembu Samiri.
Saya tiada dlm gambar, sedang sibuk memanjat batu2 besar tu, nak tengok patung lembu Samiri ni dari dekat. Kawan sy ni x berani panjat, die nak bergambar je...hehe..saya pulak nk berlatih utk panjat gunung malam nanti..hihi..(sy citer x ikut turutan sbb ingat b'dasarkan gambar..Tadi tunjuk pnjat gunung 1st, smoga anda smua x pening di bulan Ramadhan ni, takpe, yang penting faham isi cerita yg sy nk kongsi ni ok)


Foto 9:Nampak x patung lembu Samiri kat belakang tu? sy tgh buzy memanjat kat belakang tu..:p

Ok, sekarang nk ceritakan tentang kubu Salahuddin Al-Ayubi & pantai Dahab. Siapa Salahuddin Al-Ayubi ni? Beliau ialah tokoh yang sangat2 patut kite kenal & ambil tau krn die lah yg berjaya membebaskan Palestin (Masjid Al-Aqsa). Sejak kecil, dia telah dididik oleh ulama'. Dia sangat mementingkan akhlak & ibadat tenteranya. Die sentiasa menyelidiki amal ibadat tenteranya. Tenteranya yang menghabiskan waktu malam dengan tahajud & membaca Al-Quran akan diletakkan di barisan hadapan manakala tentera yang hanya tidur pd waktu malam akan diletakkan di barisan belakang. Kenapa? Kerana yg paling dekat dgn Allah yg akan mendapat pertolongan Allah. Ini semua dibuktikan dengan kejayaannya membebaskan Masjid Al-Aqsa. Kite pula mcm mane? Jika kite jauh dari Allah, suka habiskan masa dengan hiburan, facebook, internet, xmo tutup aurat sebaiknya, mcm mane kite akan mendapat pertolongan-Nya. Ni nasihat utk diri sy sendiri yg kdg2 terleka jugak.

Kadang2 orang menilai kejayaan tu dari sudut akademik @ material semata-mata, sedangkan hati kosong, keras, berkarat, penuh daki,selalu hasad dengki & x puas hati dgn org lain dan lain2, sebab tu susah utk khusyuk solat, x tau menghormati orang tua, xmo menutup aurat sebaiknya & banyak lagi kesalahan yg diri sy & manusia2 lain buat. Ingatlah, berjaya di dunia, belum tentu berjaya di akhirat & gagal di dunia, susah di dunia, miskin di dunia belum tentu gagal di akhirat. Semuanya atas hati, ibadat & takwa kite kpd-Nya.Kubu Salahuddin Al-Ayubi ni ade 3 semuanya di Mesir, 2 lagi ade di Alexandria dan Cairo. Sangat admire dgn tokoh ini... Siapakah pewaris Saladudin Al-Ayubi yg akan menawan kembali Masjidil Aqsa? Kemenangan Islam itu pasti, semoga kite juga menjadi salah seorang dari yg menegakkan kemenangan Islam itu..Mcm mane caranya? Didik diri kite, didik hati kite, tegakkan Islam dalam diri kite, keluarga kite, insya Allah akan tertegak dlm negara kite...

Foto 10:Kubu Salahuddin Al-Ayubi

Ok, seterusnya tentang Pantai Dahab. Pantai ni cantik. Ape kitorang buat kat cni?? Kitorang naik glass boat, best tau, dpt pengalaman spt menyelam tapi x basah, x perlu menyelam pun. Kami dapat tengok terumbu2 karang yg sangat cantik, ikan2 berwarna-warni. Kitorang tengok dasar laut dari dlm glass boat jer, menerusi kaca. Meh menikmati dasar laut dgn sy. Boleh tengok gambar kat bawah ni...Subhanallah, cantiknya..terasa betapa kerdilnya kite di dunia ni.

Foto 11:Ni gambar terumbu2 karang yg smpat di snap. Cantik,tp sy pening & takut tgk terumbu karang ni, nmpak mcm otak manusia yg nak makan sy...:( sob sob..ape2 je la ecah


Foto 12:Tengok, kwn2 sy tengah mengendap kt kaca kat tengah tu, nk tengok terumbu karang, x perlu menyelam, x perlu basahkan baju & x perlu pakai fit2..:)

Foto 13:di pantai Dahab bersama kwn2..:)

hmm...smuanya sy dh ceritakan. Wallahua'lam... Kat bawah belah kanan ni gamba last, sy sgt suka gamba ni, sbb nmpak sgt cool (mmg tgh kesejukan pun)....ni mse kat atas puncak Gunung Sinai ni, dgn kwn sy, Pika namanya..Sejuk sangat mse kat atas puncak ni, sy dh pakai 7 lapis dah tu. Tengok, nampak gemuk semacam dah kan...hehe...Takpe, janji, dpt menahan kesejukan. Cantik sangat pemandangan kat atas puncak ni. Meh sy bawa anda menikmati pemandangan atas puncak ni. Sharing is interesting...Yippie...:)


Ni gambar2 terakhir, banyak sgt sebnarnye pic yg di snap, tp x dpt letak smuanya. Sy letak yg btol2 penting je (hoho...gamba sy tu penting ke? hehe..penting..famili & kwn2 baik sy nak tengok...) sendiri tanye sendiri jwb...ok la babai...Jaga diri smua, jaga iman, smoga dpt mengisi Ramadhan dgn amal ibadat, topup ilmu di dada, jom tambah pahala, jgn buat dosa. Semoga mendapat manfaat drpd perkongsian pengalaman sy yg x seberapa ni. Mohon maaf juga andai ade tersilap bicara. Senyum sokmo deh belake...:) Le tour de Sinai, Berjalan, Melihat & mentafsir..


Foto 14: dari atas puncak gunung




Foto 16: Kubu Salahuddin Al-Ayubi dari jarak dekat.



Babai smua, jage diri, jage iman, selamat b'puasa..:)Jemputlah komen kat bawah ni, nak tau pendapat semua..Kalau nk komen, jgn lupa letak nama skali,nanti sy x tau sape komen..Bye, kalo ade cerita-ceriti yg menarik, sy akn share lain kali k..Sharing is interesting. Assalamualaikum..:)

Sekadar ingatan utk diri sy yg alpa & kwn2- Sedikit perkongsian drpd pembacaan sy:
Sabda Rasulullah:'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya (disalami) oleh para malaikat pd hari mereka keluar dari kuburnya:
1-Orang2 yang mati syahid
2-Orang2 yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan
3-Orang2 yang berpuasa pada hari Arafah
Jadi, sempena telah masuk bulan Ramadhan ni, apa kata, kite solat terawih & lepas tu bangun awal sket sebelum sahur, buat solat sunat, at least buat solat sunat tahajud 2 rakaat, pasti hati akan lebih bersih, tenang, & diberkati dlm setiap gerak kerja kite sepanjang hari tu. Hati yang paling bahagia ialah hati yang paling bersih.
Hidup kite bkn sekadar di dunia je kan, hidup di akhirat itu lebih kekal & abadi.

Ops, ade kwn sy cakap x puas tgk gamba sikit sgt, ni sy tambah sket lg, tp intenet slow mcm siput je, penat nk menunggu...ok la, enjoy the pic, tp xde dh muka sy, mesti nk tengok gambar tempat2 je kan..huahuahua..:p. Selamat berjalan, melihat & mentafsir..:)


Mereka yang kesejukan..:p


Aah la..Betol cakap kak ngah, the gunung ganang kat cni xder hutan...hehe..:p


Enjoy the meal..:)


nasi Arab, tp sedap lg nasi lemak...:p


suke tengok air..:)


mase nak naik glass boat


the coral, cantik kan. kwn2 sy cakap, spongebob tinggal di cni...hehe...sy x layan sgt cite tu, iyekan aje la..


Pak cik glass boat suh kami bg makan roti ke ikan2 ni..Cian, ikan2 ni lapor


jemput pilih, tp sy x beli pun, x minat sgt brg2 prpn ni..hehe.. tengok aje, x reti nk pilih


pantai kat Hamam Firaun




di Uyun Musa (telaga Nabi Musa), salah 1 drpdnya, ade 12 semuanya


pantai lagi


Patung lembu Samiri, gamba dekat sket. Nampak je kan bentuk lembu tu


kat kubu Salahuddin Al- Ayubi


Kami duk kat ats ni sampai kul 7.15 pagi, sbb menunggu matahari terbit. Lepas bergambar ni, bergerak turun dah....Bye bye semua. Jaga diri, hiasi peribadi dgn akhlak mulia..Sekian dari saya di sini..:)

Sesiapa yg nk tinggalkan komen, jgn lupa letak nama skali yep, nanti sy x tau siapa anda...ok la... Same2 tingkatkan amal ibadat di bulan Ramadhan yg mulia ini...bye..:) Belajar rajin2 , enjoy your study, buat yg terbaik dlm apa jua bidang yg diceburi, tutup aurat sebaiknya, jgn pernah rase susah hati krn Allah xkan uji kite jika kite x mampu hadapinya..(nasihat ni special utk diri sy sendiri). Maaf, sy rase dh kali ke berape sy buat perenggan penutup, tp x abis2 jugak sy bercerita..Adoi, habis la kalau cg BM sy bace @ kwn sy, bakal cg BM, si Azlinda bace, dah lame x mengarang dlm bm secara serius...hmm...ok la..berhenti di sini..Bye, jaga diri, jaga iman..:) Assalamualaikum