Kata-kata hikmah
Hanya satu golongan yang akan selamat & masuk ke dalam syurga, iaitu:
"Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan mati dalam keadaan bertaubat."
"Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan mati dalam keadaan bertaubat."
Friday, January 13, 2012
Antara 2 jalan
Seorang sahabat pernah berkongsi kisah ini:
Ok, nak beri sedikit perumpamaan, di depan kite ade 2 jalan...
Jalan A ni telah diteroka oleh banyak orang, laluannya mudah, tanpa semak samun, dihiasi dengan taman-taman indah, cantik sekali, jika memilih jalan ini pasti takkan ada kesusahan tapi penghujungnya tiada kepastian.
Jalan B pula amatlah sukar kerana amat jarang atau mungkin belum pernah diteroka orang, pastinya perlukan ketahanan mental yg tinggi untuk melaluinya krn amatlah sukar, penuh dgn susah payah tapi penghujungnya adalah pasti iaitu syurga.
Begitulah dalam hidup ini, jalan A itu adalah jalan yg penuh senang-lenang, penuh dgn dosa krn mengikut nafsu semata-mata, tak perlu susah payah menjaga mata atau hati daripada melihat perkara mungkar seperti terlalu byk menonton movie2 yg melalaikan, artis yg cantik, hensem atau menggiurkan, penuh dengan dosa spt ingin mempamerkan kecantikan dgn membuka aurat @ berpakaian ketat, penuh dengan maksiat seperti yg disukai nafsu seperti pergaulan bebas antara lelaki & perempuan & macam2 lagi.
Jalan B pula ialah jalan yg tak ramai yg mampu bermujahadah melawan nafsu, tidak ramai yg sanggup berlumba-lumba mencari ilmu agama buat pedoman hidup, sedangkan sebenarnya majlis ilmu agama itulah antara taman2 syurga.. Tidak ramai yg sanggup bermujahadah utk meningkatkan amal soleh bila mata kite tertumpu pd dunia yg sementara. kerana apa? kerana semua itu adalah bertentangan dengan nafsu.
Sama2 muhasabah diri.....selamat bermujahadah, peringatan utk diri sendiri terutamanya.