Kata-kata hikmah

Hanya satu golongan yang akan selamat & masuk ke dalam syurga, iaitu:
"Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan mati dalam keadaan bertaubat."

Wednesday, October 26, 2011

Emo

Ni kata2 motivasi dri ust zaharudin, sy tempek kt sini, utk tatapan sy sendiri:
1.Jangan diletak kebahagian pd rupa, apabila tua, hilanglah bahagia; Jangan pada harta, bila mati, pasti x bahagia; Jangan pada manusia, mrk boleh berubah & tinggalkan kita; Jangan pada pujian, krn ia akan putus; jgn pada pangkat, semua boleh terangkat & pasti mangkat, TAPI letaklah bahagia pada mencari redha Allah, dgn taatiNya, krn Dia tidak akan hilang, mati atau berubah & janjiNya pasti. dengan itu, kita masih mampu bahagia di celah masalah duniawi yg sementara.

2.Apabila melihat dunia dan isinya, jangan dilihat apa yg kita tiada lalu dicemburui tetapi lihat kpd apa yg kita punyai, syukurilah & teruskan usaha penuh redha. Namun, apabila melihat kpd agama & amalan akhirat, lihatlah kpd yg lebih baik dari kita, cemburuilah dgn berusaha mengikutinya & jangan sesekali redha & rasa cukup dgn amalan yg kita punyai. Dgn itu, kita tiada akan letih & lesu mengejar dunia yg pendek tempoh nikmatnya, biar kita sehingga lesu menyiapkan barzakh & akhirat yg terlalu panjang tempohnya kelak.